Respon kepada artikel Utusan Malaysia hari ini bertajuk, “Apa motif FGV tidak iktiraf pengumuman pelantikan Azhar Abdul Hamid”

Kami merujuk kepada artikel Utusan Malaysia bertarikh 9 September yang bertajuk “Apa motif FGV tidak iktiraf pengumuman pelantikan Azhar Abdul Hamid”.

Sebagai sebuah syarikat senaraian awam dan kerajaan yang tertakluk kepada peraturan, kawalselia dan standard amalan terbaik di bawah Akta Syarikat 2016, Syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (MMLR) dan panduan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC), FGV mematuhi perenggan 9.03 (1) MMLR yang mengatakan syarikat tersenarai perlu membuat pendedahan awam dengan segera berkenaan sebarang maklumat sahih dan dalam perenggan 9.16 turut menyatakan bahawa syarikat tersenarai perlu memastikan setiap pengumuman adalah berdasarkan fakta dan tepat.

Selaras dengan perkara di atas, apabila mengenalpasti berita pertama pelantikan YBhg. Datuk Wira Azhar Abdul Hamid  yang diterbitkan oleh BERNAMA.com, FGV dengan segera menyediakan pengumuman yang mana telah dihantar kepada Bursa pada 6.00 p.m. semalam yang menyatakan setakat pukul 5.30 p.m. semalam, Setiausaha Syarikat tidak menerima sebarang notis bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan untuk melantik YBhg. Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi FGV.

Sementara itu, Lembaga FGV dan Pengurusan telah menghubungi pihak berkuasa berkaitan untuk memperoleh notis wajar secara bertulis seperti yang dikehendaki dibawah Memorandum dan Artikel Tataurus (M&A) untuk melaksanakan pelantikan berkenaan.

FGV komited terhadap amalan tadbir urus korporat yang baik dan menganggap kenyataan dalam akhbar yang mendakwa Lembaga FGV menyimpan agenda peribadi untuk menghentikan pelantikan YBhg. Datuk Wira Azhar Abdul Hamid adalah sesuatu perkara yang tidak berasas sama sekali. Setiausaha Syarikat juga telah berhubung dengan Ybhg. Datuk Wira Azhar berkenaan perkara ini dan berikutan berita telah diterbitkan oleh media.

Apabila kami menerima notis secara bertulis dari pihak berkuasa berkaitan, Lembaga Pengarah akan menjalankan proses yang diperlukan di bawah peruntukan Akta Syarikat 2016 dan MMLR Bursa Malaysia Securities Berhad untuk melantik Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi baharu Lembaga Pengarah FGV

FGV ingin menegaskan, “Apabila kami menerima notis secara bertulis dari pihak berkuasa berkaitan, Lembaga Pengarah akan menjalankan proses yang diperlukan di bawah peruntukan Akta Syarikat 2016 dan MMLR Bursa Malaysia Securities Berhad untuk melantik Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi baharu Lembaga Pengarah FGV “.

Lembaga Pengarah dan Pengurusan FGV mengalu-alukan pelantikan YBhg. Datuk Wira Azhar Abdul Hamid

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)