Pemegang Saham Menyokong Penjenamaan FGV

 

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 (AGM) dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada hari Khamis, 28 Jun 2018, di mana semua resolusi yang dikemukakan telah diluluskan.

Di EGM, yang diadakan sejurus selepas tamatnya Mesyuarat Agung Tahunan, Lembaga Pengarah FGV meminta kelulusan para pemegang saham mengenai cadangan perubahan nama Syarikat daripada “Felda Global Ventures Holdings Berhad” kepada “FGV Holdings Berhad”. Resolusi Khas diluluskan dengan 99.92 peratus undi yang memihak kepada cadangan itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Zakaria Arshad berkata nama baharu itu akan membolehkan FGV membangunkan jenama yang lebih kukuh sebagai pemain bersepadu dalam sektor perniagaan utamanya. Ia akan mengukuhkan kedudukan FGV di pasaran dan memberi kita kelebihan daya saing di masa depan.

Penjenamaan ini juga akan melibatkan  kesemua anak syarikat FGV dan dijangka selesai pada Disember 2019.

“Kelahiran FGV terletak pada program Felda yang berjaya, yang ditubuhkan pada tahun 1956. FGV berbangga dengan FELDA yang juga pemegang saham terbesar kami. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk FGV sebagai syarikat yang tersenarai, dilihat sebagai entiti yang diuruskan secara profesional, ”

“Bergerak ke hadapan, kami juga mengharapkan perubahan nama ini dapat menangani kekeliruan pada masa lalu yang wujud kerana nama “Felda” banyak digunakan oleh anak syarikat kami.” tambah Zakaria.

Syarikat akan berdagang di Bursa Malaysia sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad, sehingga pendaftaran dan kelulusan permohonan nama baharu diselesaikan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia.