PBT FGV meningkat 60% kepada RM417 JUTA PADA FY2017

Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) FGV Holdings Bhd (FGV) mencatatkan peningkatan sebanyak 60 peratus kepada RM417 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 (FY2017) berbanding dengan RM260 juta yang dicatatkan pada FY2017. Peningkatan ini disumbangkan oleh prestasi memberangsangkan daripada sektor Perladangan dan Logistik & Lain-lain (LO).

Sektor Perladangan mencatatkan peningkatan ketara dengan keuntungan sebanyak RM554 juta daripada RM234 juta pada tahun sebelumnya berikutan pengeluaran BTS yang lebih tinggi, untung MSM yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih positif daripada syarikat-syarikat usaha sama

“Sektor Perladangan mencatatkan peningkatan ketara dengan keuntungan sebanyak RM554 juta daripada RM234 juta pada tahun sebelumnya berikutan pengeluaran BTS yang lebih tinggi, untung MSM yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih positif daripada syarikat-syarikat usaha sama,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Zakaria Arshad.

Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) melonjak kepada RM144 juta berbanding RM31 juta sementara perolehan menurun sebanyak 2 peratus kepada RM16.975 bilion pada FY2017 berbanding tahun lepas.
Pengeluaran MSM FGV meningkat sebanyak 12 peratus kepada 2.99 juta MT sejajar dengan peningkatan pengeluaran BTS daripada 3.91 juta MT dalam FY2016 kepada 4.26 juta MT pada FY2017, sementara purata profil umur pokok bertambah baik daripada 14.9 tahun kepada 14.5 tahun.

Sektor LO mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi sebanyak RM45 juta berbanding RM8 juta pada tahun sebelumnya berikutan peningkatan hasil dalam perniagaan pukal dan peningkatan jumlah yang dibawa oleh operasi pengangkutan seiring dengan peningkatan jumlah pengeluaran MSM.

Sementara itu, Sektor Gula FGV mencatatkan keuntungan yang lebih rendah pada 2017 berikutan harga gula mentah yang lebih tinggi dan nilai Ringgit lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

“Kami telah memberi penekanan kepada dalam perniagaan perladangan pada tahun lepas melalui pelan transformasi strategik kami dan telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Kami yakin momentum ini akan berterusan pada tahun ini disokong oleh perkembangan mampan dalam Sektor LO dan penambahbaikan oleh Sektor Gula,” kata Zakaria.

Melangkah ke hadapan, FGV menjangka masalah kekurangan pekerja ladang akan kembali stabil menjelang pertengahan tahun ini. Ini akan meningkatkan kecekapan penuaian, dan dijangka dapat meningkatkan pengeluaran BTS sebanyak 9 peratus kepada 4.85 juta MT pada tahun ini, dalam masa yang sama mengurangkan kos pengeluaran MSM setiap MT tidak termasuk kilang kepada RM1,562.

“Kami akan terus mengembangkan keupayaan perniagaan Sektor LO kami untuk meningkatkan perniagaan luar, termasuk meningkatkan bilangan lori kontena dan cecair dan peluang perniagaan luar daripada pelbagai projek infrastukrtur.

“Bagi Sektor Gula, kami telah mencatatkan prestasi positif melalui pengurusan kos, pengukuhan modal, dan merasionalisasi operasi kami. Di samping itu, kilang gula baharu kami di Johor akan memulakan operasi pada 2H 2018 yang akan meningkatan kapasiti penapisan gula bagi pasaran eksport.

“Prestasi keseluruhan 2017 Kumpulan bertambah baik sejajar dengan inisiatif Transformasi dan Perkembangan FGV pada tahun ini. Usaha transformasi dan peningkatan perkembangan akan diteruskan pada 2018, di mana pengurusan menjangkakan prestasi positif akan dapat dicapai,” kata Zakaria.