Lembaga FGV Mengalu-Alukan YBhg Datuk Wira Azhar Abdul Hamid Sebagai Pengerusi

Pihak Lembaga Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengalu-alukan pelantikan YBhg Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad berkuatkuasa 08 September 2017. 

Datuk Wira Azhar, 56, mempunyai pengalaman luas termasuk dalam industri perladangan, telah berkhidmat dalam pelbagai syarikat antaranya Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff Corporation Bhd., Pengerusi Tradewinds Corporation Berhad (Tradewinds), Presiden/Pengarah Urusan Kumpulan Tradewinds, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation, Ketua Pegawai Eksekutif Pernas International Holdings Berhad dan pelbagai jawatan penting dalam Kumpulan Sime Darby.

Datuk Wira Azhar merupakan akauntan bertauliah dan pernah menjadi Pengerusi Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dari 2007 – 2010.

Bagi pihak Kumpulan, Lembaga juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Dr. Sulaiman di atas sumbangan bernilai beliau sebagai Pemangku Pengerusi sejak 19 Jun 2017

Bagi pihak Kumpulan, Lembaga juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Dr. Sulaiman di atas sumbangan bernilai beliau sebagai Pemangku Pengerusi sejak 19 Jun 2017. YBhg Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah FGV.

Pihak Lembaga dan Pengurusan akan meneruskan komitmen untuk menambah baik tadbir urus Korporat dan prestasi kewangan Kumpulan.

Lembaga Pengarah
Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)