Kumpulan FGV Bantu Mangsa Banjir di Pulau Pinang

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) bersama  anak-anak  syarikatnya yang lain  membantu mengurangkan beban masyarakat yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di Pulau Pinang khususnya di Tasek Gelugor, Seberang Perai.

Seramai  300 keluarga dari Kampung Terus, Kampung Paya Tok Akil dan Kampung Pertama serta Kampung Kubu menerima  bantuan barang makanan bernilai RM30,000 daripada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd, iaitu minyak masak, susu, dan Gula Prai daripada MSM Malaysia Holdings Berhad.

Barangan bantuan berkenaan telah diedarkan kepada mangsa banjir oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSM Prai Berhad, Osman A. Karim. Tiga puluh kakitangan MSM yang terjejas akibat banjir berkenaan telah menerima bantuan daripada Kumpulan berjumlah RM38,000.00

Barangan bantuan  diedarkan kepada mangsa banjir oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSM Prai Berhad, Osman A. Karim.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Zakaria Arshad berkata Kumpulan FGV akan sentiasa mengerahkan sumber dalamannya untuk membantu mangsa bencana.

“Kumpulan FGV akan mengedarkan kit bencana berjumlah RM30,000 pada tahun ini, yang mengandungi barang-barang penting seperti selimut, tuala, barang peribadi dan pelbagai lagi kepada pusat pemindahan banjir. Sebahagian daripada dana bantuan berkenaan telah disumbangkan oleh kakitangan kami dari seluruh negara dan persediaan barangan disediakan oleh sukarelawan dari ibu pejabat.

“Kami akan sentiasa bersedia untuk mengedarkan barangan bantuan sekiranya berlaku bencana alam seperti ini dan kami berharap agar bantuan kecil ini  dapat mengurangkan beban yang ditanggung mangsa banjir,” kata Dato’ Zakaria.