Kebajikan petugas Yapidmas terus dibela FGV

yapid-1-7-10-16Kebajikan petugas-petugas anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Yapidmas telah kini telah terjamin apabila, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dato’ Zakaria Arshad telah turun sendiri untuk bertemu dengan mereka baru-baru ini di Sandakan, Sabah.

Yapidmas merupakan salah sebuah anak syarikat Golden Land Bhd. yang telah dibeli oleh FGV pada dengan harga RM655 juta pada 2015 dan transaksi berkenaan telah selesai pada awal tahun ini.

Kemasukan Yapidmas ke Kumpulan FGV memberi kesan yang cukup baik kerana purata umur ladang miliknya masih muda dan berpontensi memberi pulangan yang baik untuk jangka masa panjang.

Menurut Dato’ Zakaria, ini merupakan pertemuan sulung antara pengurusan FGV dengan petugas Yapidmas selepas selepas urusan pengambilalihan. Diharapkan dengan kemasukan Yapidmas ini bakal memperkasakan lagi aktiviti perniagaan teras FGV di samping memperkukuhkan lagi sinergi sedia ada.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran seluruh petugas Yapidmas ke dalam keluarga besar Kumpulan FGV. Saya juga akan memastikan setiap petugas Yapidmas akan menerima kebajikan yang sama dengan anak syarikat Kumpulan yang lain,” katanya.

Sesi pertemuan ini dilihat penting kepada FGV dan dan Yapidmas kerana semua petugas diberikan pendedahan dan penerangan mengenai operasi keseluruhan Kumpulan FGV bagi memastikan setiap petugas memahi setiap perancangan yang telah dirangka.

Dato’ Zakaria berkata, FGV kini sedang giat melaksanakan penambahbaikan operasi Kumpulan secara menyeluruh termasuklah di peringkat operasi bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan di samping menambah baik kecekapan operasi.

Perancangan ini telah menunjukkan hasil awal yang positif, namun masih terlalu awal untuk kita bermegah kerana masih banyak lagi perkara perlu yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan.

“Saya sangat berharap agar semua petugas di Yapidmas dapat memberikan sokongan penuh kepada pengurusan untuk memajukan lagi Kumpulan FGV demi kepentingan kita bersama untuk jangka masa panjang. Insha Allah semua ini boleh dicapai asalkan sahaja ada kemahuan, di situ ada jalan terbentang luas,” jelasnya.

Dalam sesi pertemuan itu juga, Dato Zakaria turut mengumumkan penyerapan semua petugas Yapidmas menjadi pekerja rasmi Kumpulan FGV dan juga bonus bagi menghargai sumbangan pekerja kepada kumpulan.