FGV Tambah Baik Komitmen Kelestarian Kumpulan

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd (FGV) hari ini mengumumkan penambahbaikan Dasar ‘Tiada Penebangan Hutan, Tiada Gambut dan Tiada Eksploitasi (NDPE)’ kumpulan berkuat kuasa hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Zakaria Arshad berkata, FGV mengambil perhatian serius mengenai usaha berterusan kumpulan untuk memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan – persekitaran, pekerja, perniagaan dan masyarakat setempat.

Penambahbaikan yang dilakukan adalah seperti berikut:

Dasar Tiada Penebangan Hutan, Tiada Gambut dan Tiada Eksploitasi (NDPE)

FGV komited kepada pembangunan lestari, terutamanya dalam semua perkara yang berkaitan dengan kepentingan sosial, hak-hak masyarakat tempatan kepada kebaikan ekonomi dan hak-hak pekerja kami untuk persekitaran tempat kerja yang selamat, yang diberikan manfaat selaras dengan kehendak undang-undang. Pembangunan lestari kunci kepada Dasar ‘Tiada Penebangan Hutan, Tiada Gambut dan Tiada Eksploitasi (NDPE)’, yang membuat syarikat komited untuk:

  1. Sistem Pengurusan Gambut

FGV berazam untuk memulihkan semua tanah gambut yang telah dibangunkan selaras dengan Dasar Kelestarian 2017 kami, tanpa menyebabkan konflik sosial.

Berkenaan dengan Ladang PT Temila Agro Abadi (PT TAA) di Indonesia, kami telah menyerahkan Rancangan Pemulihan Gambut terperinci untuk kelulusan Kementerian Linkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK) Indonesia. Setelah pelaksanaan pelan ini, paras air akan dikekalkan pada tahap yang sesuai untuk memulihkan fungsi ekosistem gambut.

Di samping itu, kami juga telah membangunkan Pelan Induk Pengurusan Gambut dengan tujuan untuk memulihkan kawasan yang terjejas. Pelaksanaan Pelan Induk ini akan dijalankan melalui perundingan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, terutamanya komuniti tempatan yang akan terkesan dengan sebarang keputusan yang dibuat.

Sejak 2013, FGV telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk membawa faedah yang berkekalan ke rantau Landak, Indonesia di mana PT TAA diletakkan di kawasan pelaksanaan pelan minyak sawit komuniti, atau “kebun plasma”. Kebun plasma telah dibangunkan dengan tujuan untuk meningkatkan mata pencarian masyarakat tempatan dan membawa peningkatan yang sangat diperlukan untuk perkhidmatan sosial ke rantau ini.

Walaupun pemulihan dan penyelenggaraan ekosistem yang sensitif adalah nilai ekologi penting bagi keseluruhan kesihatan alam ini, FGV juga menyedari kebajikan komuniti tempatan, yang kemajuan ekonomi sangat bergantung pada pembangunan lestari tanah-tanah ini. FGV dan semua pihak yang berkepentingan juga sedar tentang konflik sebelumnya di rantau ini dan akan berusaha untuk mengelakkan kemungkinan ketegangan ini berulang.

Dalam hal ini, RSPO telah kerap dirujuk untuk nasihat. FGV juga akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk mencari keseimbangan yang tepat antara keperluan rakyat dan alam.

  1. Pendekatan Stok Tinggi-Karbon (HSCA)

FGV telah menerima pakai Pendekatan Stok Tinggi-Karbon (HCSA) di kawasan semasa bagi pembangunan yang berpotensi. Ia mengambil kira aspek alam sekitar dan sosial dalam menentukan kawasan yang sesuai untuk pembangunan baru. Kami telah menggabungkan pendekatan ini dalam proses pemeriksaan pelaburan kami untuk semua pengambilalihan tanah pada masa hadapan.

Penerapan HCSA mengesahkan komitmen kami terhadap penggunaan piawaian terkini untuk pembangunan lestari.

  1. Yuran Pengambilan Pekerja

FGV melihat isu yuran pengambilan pekerja dengan serius dan mengikuti amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dengan mematuhi dasar dalaman dan garis panduan yang berkaitan. FGV tidak sama sekali mengizinkan amalan mengenakan yuran pengambilan untuk penempatan pekerjaan, selain daripada yuran yang dikenakan oleh pihak berkuasa di negara sumber.

  1. Hak Asasi Manusia

a) Hak dan Kebajikan Pekerja Kami

FGV adalah syarikat bertanggungjawab yang menegakkan hak dan kebajikan para pekerjanya.

FGV telah komited untuk mengembalikan pasport semua tenaga kerja asingnya. Untuk tujuan ini, FGV sedang membina peti simpanan keselamatan di lokasi mudah akses  bagi setiap ladang operasi di dalam kumpulan. Perkara ini akan selesai menjelang akhir tahun 2018. FGV juga telah melaksanakan prosedur mekanisme pengaduan yang memastikan semua aduan diberi perhatian dan tindakan segera.

Di samping itu, bagi memperkukuhkan komitmen kami kepada kesejahteraan pekerja, kami akan memuktamadkan Dasar Pematuhan Sosial dan Hak Asasi Manusia (SCHR) yang akan diperluaskan, di atas komitmen kami kepada hak asasi manusia, proses pengambilan pekerja asing dan menyelesaikan aduan.

b) Hak Masyarakat Tempatan dan Komuniti mereka

FGV sedang menubuhkan mekanisme penglibatan pelbagai pihak yang telus dan bebas yang melibatkan komuniti tempatan dan ahli-ahli kumpulan masyarakat sivil, untuk menawarkan komuniti tempatan platform bagi menyuarakan kebimbangan mereka di dalam forum terbuka.

Melalui mekanisme ini, diharapkan mereka yang tidak bersuara sebelum ini dapat bercakap mengenai kesan keputusan kami terhadap mereka.

  1. Rumusan:

FGV komited kepada prinsip pembangunan lestari dan penambahbaikan berterusan. Kami akan terus berhubung dan melibatkan semua pihak berkepentingan kami secara terbuka dan telus untuk membawa manfaat terbesar kepada pihak berkepentingan kami termasuk organisasi masyarakat sivil, peneroka asal FELDA dan keluarga mereka, komuniti luar bandar yang kurang berkemampuan, pelanggan kami dan persekitaran.

—-Tamat—