FGV Raih 2 Anugerah Korporat IIAM

audit-pic

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) telah memenangi dua Anugerah Korporat daripada Institut Audit Dalaman Malaysia (IIAM) hasil komitmen tinggi bahagian Audit Dalaman Kumpulan.

Dua anugerah berkenaan adalah dalam kategori Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dan Komitmen Tinggi dalam Program Pensijilan.

FGV mengucapkan tahniah kepada bahagian Audit Dalaman Kumpulan atas kejayaan berkenaan dan berharap usaha serta komitmen tinggi ini dapat diteruskan bagi memastikan standard operasi kumpulan berada di tahap tertingi.