Felda Prodata dan Sinergi Perdana Bentuk Kerjasama untuk Membekalkan Sistem Awan SAP S/4HANA

Felda Prodata dan Sinergi Perdana Bentuk Kerjasama untuk Membekalkan Sistem Awan SAP S/4HANA

KUALA LUMPUR, 7 JULY 2017 – Felda Prodata Sdn Bhd dan Sinergi Perdana Sdn Bhd hari ini mengumumkan kerjasama selama lima tahun untuk membolehkan Sinergi Perdana memulakan perisian awan persendirian penuh, “ProTruz Cloud”, yang dijanakan oleh platform teras digital SAP iaitu SAP S/4HANA yang disediakan oleh Felda Prodata.

Felda Prodata adalah anak syarikat milik penuh Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Berikutan keperluan untuk mentransformasikan operasi digital, pengenalan sistem ini adalah cara terpantas dan mudah kepada Sinergi Perdana untuk akses aplikasi misi kritikal seperti Kewangan, Logistik dan Pengurusan Sumber Manusia dengan sistem awan sebagai pengurus perkhidmatan.

Menerusi kerjasama ini, Sinergi Perdana dijangka meningkatkan kepantasannya dalam mengesan perubahan keperluan perniagaan secara strategik. Selain itu, sistem ini akan mengoptimumkan aliran tunai disebabkan perubahan daripada CAPEX ke OPEX.

Felda Prodata, merupakan salah satu syarikat sistem integrasi berasaskan ICT dan rakan SAP yang diiktiraf, akan  menjadi penyedia penyelesaian kepada Sinergi Perdana, iaitu sebuah konsortium yang dibentuk oleh tiga agensi perladangan iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felcra Berhad  dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Sinergi Perdana merupakan idea asal oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak yang berperanan untuk membolehkan ketiga-tiga agensi ini mengkoordinasikan perancangan dan strategi dalam menerokai pelbagai kerjasama perniagaan terutamanya dalam perniagaan baja dan agronomi.

“Manfaat daripada inisiatif ini adalah keupayaan untuk menggunakan sistem penyelesaian ERP iaitu SAP S/4HANA untuk optimumkan infrastruktur dan juga perkhidmatan profesional, tanpa perlu risau terhadap pelaburan aset yang besar yang mana ini membantu mencapai pengurangan Jumlah Kos Ditanggung.

“Kami boleh memberi lebih fokus kepada operasi dengan lebih tenang menerusi model sokongan berintegrasi yang disediakan oleh Felda Prodata. Kami percaya Felda Prodata mempunyai pengetahuan yang luas terutamanya dalam industri perladangan untuk menyediakan sokongan penuh dari infrastruktur hingga aplikasi,” kata Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Kumpulan Sinergi Perdana, Bashir Muhammad.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Prodata, Azly Sham Kamaruddin berkata: “Sistem pembangunan awan persendirian SAP S/4HANA untuk Sinergi Perdana telah memberi lembaran baharu kepada kami. Ini akan memberi kesan langsung kepada pembangunan strategi dan bakat kami. Infrastruktur kami, ProTruz Cloud telah bersedia dan Felda Prodata juga komited untuk menyediakan sokongan lapangan dan luar lapangan, pelaksanaan sistem dan juga sokongan SAP S/4HANA selama lima tahun.

Pengarah Urusan SAP Malaysia, Terrence Yong berkata: “Ekonomi digital telah memberi kesan ketara kepada perniagaan ketika ini dan organisasi di Malaysia telah bersedia untuk mencapai arus pendigitalan ini. Misi SAP adalah untuk meningkatkan keupayaan pelanggan untuk berjaya dalam ekonomi digital baharu dengan membantu mereka menjangkakan semula perniagaan menggunakan rangka kerja perniagaan digital SAP.

“Menerusi kerjasama dengan Felda Prodata, kami yakin Sinergi Perdana akan memperoleh sokongan dalam mengadaptasi teras digital dan memulakan pengalaman awan untuk mentransformasi operasi dan memenuhi kehendak digital masa depan. Kami mengucapkan tahniah kepada Felda Prodata kerana berjaya menandatangani Rakan Pengurusan Awan (PMC) pertama dalam perjanjian SAP S/4HANA dengan Sinergi Perdana dan harap kerjasama ini akan berjaya,” tambah Yong.

Pelaksanaan PMC ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ia dijangka boleh membantu agensi lain atau perusahaan kecil dan sederhana di pasaran Malaysia dan serantau. Ia memberi pilihan terbaik kepada pelanggan yang mahu bergerak dari model perbelanjaan modal kepada perbelanjaan operasi dengan infrastruktur berprestasi tinggi tanpa sebarang masalah.